Berani Gagal

Posted: January 18, 2012 in Uncategorized

Kepada yang dilanda kekecewaan kerana gagal atau mencari hikmah di sebalik kegagalan, bacalah buku ini. Pengarang mengajak kita melihat kegagalan dari sudut positif dan cara efektif untuk bangkit dari kegagalan dan menjadi lebih bersemangat untuk mengejar kejayaan….

sedikit petikan dari buku ini yang ingin dikongsi…

“Jikalau anda telah mencuba dan menemui kegagalan, jikalau anda telah merancang dan menyaksikan rancangan anda hancur, ingatlah bahawa tokoh-tokoh agung dalam sejarah semuanya menjadi hebat kerana keberanian, dan keberanian itu lahir dalam buaian kesusahan”

“Bermanis muka itu perkara senang, dikala hidup mengalir lancar bak arus tenang. Namun orang yang berwibawa itu ialah yang mampu memberi senyuman ketika segala di sekitarnya penuh dengan kepayahan”

Cat Show

Posted: January 14, 2012 in Kucing yang Comel

Mari tenangkan fikiran sambil mencuci mata dengan melihat kucing-kucing yang comel di Cat Show Melaka yang dianjurkan oleh Smartheart….

It’s Galaxy Note

Posted: January 7, 2012 in Uncategorized

Phone? Tablet?…..It’s Samsung Galaxy Note!

Galaxy Note is a new type of smartphone, borne of insight and innovation. It is the ultimate on the go device which consolidates core benefits of diverse mobile devices which maintaining smartphone portability. It empowers you with everything you can ever desire.

Every task becomes easier on a large screen. You can tell immediately because you no longer have to scroll endlessly to find the message you want. Just choose to view on a split screen and multitask among your most used application. No longer compromise with micro-display of the past

Image

Selamat tahun baru 2012…

Menurut teori ruang dan masa kontinum, alam semesta terdiri dari 4 dimensi iaitu 3 dimensi ruang dan 1 demensi masa.

Yang menariknya, dimensi masa terdiri dari satu paksi dimana semua kejadian yang telah dan bakal berlaku telah diplotkan pada paksi tersebut. Teori ini boleh digunakan untuk menerangkan konsep takdir melalui kaedah saintifik. Islam dan Sains tidak pernah terpisah sebenarnya.

“Habis tu kalau semua telah ditetapkan tak payah la berusaha??”

Jangan risau, kejadian yang diplot dalam dimensi masa boleh berubah dengan menggunakan tenaga. Kalau diplotkan kita gagal ujian tapi kita berusaha dan menggunakan tenaga untuk belajar, kita boleh lulus..insyaAllah.  Tapi ajal dan maut masih urusan tuhan.

Sekarang plot pada dimensi masa sudah sampai ke tahun 2012. Marilah kita tingkatkan usaha dan tenaga untuk merealisasikan azam yang telah dibuat. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya

Guru oh guru

Posted: December 30, 2011 in Pendidikan

Betul ke dakwaan cikgu zaman sekarang tak berkualiti? benarkah cikgu zaman sekarang tak ikhlas seperti guru zaman dulu yang mampu melahirkan pelajar cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik, tetapi sahsiah.

Bila melayari internet di masa lapang, saya suka baca artikel dan pandangan orang ramai di forum dan blog. Bila terbaca isu berkaitan sistem pendidkan dan perkhidmatan perguruan di Malaysia, saya sedikit kecewa kerana ramai pihak yang memberikan pandangan negatif tentang guru pada masa kini. Masyarakat sekarang sering menyatakan bahawa guru yang mengajar anak mereka tidak berkualiti jika dibandingkan dengan guru yang mengajar mereka dulu.

Saya bersifat terbuka dalam mendalami dakwaan ini. Memang tidak dinafikan terdapat segelintir guru yang boleh dipersoalkan kualitinya dan melanggar etika perguruan. Namun hal ini memang barah dalam semua profesion. Ada doktor yang jual ubat batuk n jual bayi, ada polis yang makan rasuah, ada engineer yang luluskan bangunan retak, ada akauntant yang gelapkan duit syarikat, ada peguam yang pecah amanah dan bakar client, ada menteri yang sain projek untuk kroni.. Kita tak boleh menilai keseluruhan profesion hanya kerana segelintir hamba Allah yang tersasar dari landasan.

Ada juga pihak mengatakan guru sekarang asyik mintak naik gaji jer. Menurut mereka tugas guru sepatutnya tidak mendapat bayaran kerana mengajar merupakan amanah kewajipan. Habis tu kenapa doktor minta bayaran untuk menyelamatkan nyawa. Logik ker kalau kita pandai berenang, lepas tu ada orang lemas kat lombong dan minta tolong, lepas tu kita cakap, saya boleh selamatkan awak tapi awak kena bayar RM 1000 dulu.  Macam tu la yang berlaku di hospital swasta sekarang.

Memang terdapat perubahan  pada kualiti guru tetapi ke arah yang lebih positif. Pandangan ini berdasarkan perbandingan yang konkrit. Majoriti guru zaman dulu hanya ada sijil dan diploma tetapi zaman sekarang guru harus mempunyai ijazah dan ramai guru yang sudah ada master dan PhD. Guru zaman sekarang terutamanya yang muda menguasai pelbagai kemahiran terutamanya multimedia yang boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan mengajar berbanding guru zaman dulu yang menggunakan kaedah chalk and talk. Dari aspek keikhlasan saya tak yakin nak ulas sebab belum ada kajian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tentang tahap keikhlasan dan belum ada alat yang bernama “ikhlasometer” dicipta.

Ada pihak yang memandang kualiti dan keikhlasan melalui produk. Mereka mendakwa pelajar zaman sekarang teruk dan tidak bermoral. Baru umur 12 tahun dah pandai merompak, membunuh dan jadi samseng.  Ini semua guru la yang tak pandai ajar… kata Ahmad kepada Abu (bukan nama sebenar).

Memang ada kebarangkalian faktor sekolah menyumbang peningkatan kadar jenayah di kalangan pelajar. Tetapi faktor itu wujud dari perubahan sistem pendidikan dan perubahan perspektif masyarakat itu sendiri.

Jika guru zaman dulu memukul pelajar kerana mencuri pensel, lepas tu pelajar report kat ayah, ayah pelajar tersebut akan merotan anaknya dan berterima kasih kepada guru kerana menghalang anaknya menjadi pencuri. Jika guru zaman sekarang merotan pelajarnya kerana memecah masuk koperasi dan merokok, ibu bapa akan menyerang cikgu dan cakap “CIKGU JANGAN BERANI NAK SENTUH ANAK SAYA WALAU SEHELAI BULU PUN…SAYA PUN TAK PERNAH ROTAN ANAK SAYA TAU!!!”.  Ada satu kes yang berlaku di sebuah sekolah asrama, bapa seorang pelajar menengking seorang guru kerana anaknya mengadu guru mengejutkannya untuk solat subuh. Bapa pelajar tu cakap “cikgu, saya hantar anak saya ke sekolah bukan untuk solat subuh, tapi untuk belajar” (kisah benar).

Perspektif masyarakat juga sudah berubah tentang martabat guru. Dulu guru disanjung dan dihormati. Artis pula dihina. Zaman dulu kalau anak jadi artis malu kat orang kampung, tapi kalau dapat menantu guru memang sangat bangga…Tapi zaman sekarang dah terbalik, guru dihina dan artis dipuja, siap dapat gelaran Dato’. Kalau anak jadi artis siap buat kenduri…

Kesimpulannya, guru jangan merasa rendah diri dan terhina bila ada pihak yang sering menyerang dan menyalahkan guru sebab trend masyarakat kini  memang bersifat hiburan dan duniawi. Teruskan fokus untuk mendidik dan memanusiakan pelajar.  Kalau rasa hilang semangat dan tak dihargai, hayati sajak ini yang bertajuk Guru oh guru nukilan tokoh terbilang, Usman Awang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Realiti pendidikan sains

Posted: December 13, 2011 in Pendidikan

Pendidikan Sains merupakan suatu elemen yang penting dalam sesebuah negara untuk menjadi sebuah negara maju. Untuk menjadi sebuah negara yang boleh menghasilkan produk yang berinovasi, budaya Sains perlu disemai dan dipupuk seawal di bangku sekolah. Jesteru itu, kerajaan telah memberi penekanan terhadap subjek Sains dalam pendidikan. Namun terdapat beberapa isu dan penambah baikan yang perlu dibincang agar pengajaran dan pembelajaran subjek Sains menjadi lebih efektif.

Antara penambahbaikan yang perlu dibuat dalam pengajaran subjek Sains ialah perlunya kaedah pengajaran yang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Antara aspirasi Falsafah Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan para pelajar yang holistik dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Namun kurikulum Sains yang diguna di Malaysia lebih bersifat sekular dan panekanan diberikan kepada aspek intelektual. Kebanyakan masyarakat hari ini berpendapat sains dan agama merupakan dua perkara yang terpisah dan susah dihubung jalinkan. Pendapat ini kurang tepat kerana Islam melalui kitab suci Al-quran turut membincangkan Sains seperti proses kejadian manusia, proses pembentukan hujan, ilmu astronomi dan sebagainya. Sebagai cara penyelesaian, guru yang mengajar mata pelajaran Sains boleh menerapkan nilai-nilai murni melalui kaedah pengajaran. Contohnya guru boleh menerapkan sikap rajin berusaha, amanah dengan tidak meniru, memuliakan ilmu dan menepati masa semasa proses pembelajaran.

Kebelakangan ini, kita sering mendengar tentang perubahan yang sering berlaku terhadap Dasar Pendidikan Negara dan subjek Sains turut menerima kesan dari perubahan yang dilaksanakan. Salah satu isu yang sering dibincangkan ialah bahasa yang perlu digunakan untuk mengajar subjek Sains dan Matematik. Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dipelopori oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad akan dimansuhkan dan medium pengajaran subjek Sains dan Matematik akan ditukar ke Bahasa Melayu secara berperingkat bermula tahun 2012. Perubahan yang lebih drastik berlaku dalam pendidikan di MRSM dimana BPM ( Bahagian Pendidikan Menengah Mara) mengarahkan sekolah MRSM mengajar menggunakan kurikulum IGCSE (International General Certificate of Secondary Education) yang diguna pakai di United Kingdom menjelang tahun 2016 . Perubahan dan pencanggahan dalam dasar pendidkan boleh mengurangkan keberkesanan proses pengajaran subjek Sains terutamanya jika dasar itu tidak dikaji secara terperinci serta guru dan pelajar tidak dibekalkan dengan medium pengajaran yang cukup. Guru harus bijak dalam menghadapi cabaran yang timbul dari perubahan dasar pendidikan. Apa yang penting ialah matlamat pendidikan itu sendiri perlu dihayati seterusnya dicapai. Cara pengajaran dan dasar mungkin berubah, tetapi aspirasi untuk melahirkan pelajar yang menguasai ilmu Sains dan berinovatif tidak berubah. Walau apa pun dasar yang diguna pakai, ilmu Sains tetap fakta yang konkrit dan sentiasa berkembang. Guru perlu menekankan budaya dahagakan ilmu dalam diri sendiri dan para pelajar. Jika budaya dahagakan ilmu ada dalam diri, para guru dan pelajar mudah beradaptasi dengan sebarang dasar yang diimplementasikan.

Minat dan kesediaan pelajar dalam mata pelajaran Sains juga perlu diambil kira oleh guru sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana adalah sukar untuk mengajar jika pelajar itu sendiri tidak minat dan tiada motivasi untuk belajar. Pelbagai pandangan telah diutarakan untuk menjelaskan fenomena penurunan minat pelajar terhadap Sains, antaranya seperti yang dilaporkan oleh Razila (1998) iaitu pelajar menganggap mata pelajaran Sains membosankan dan terlalu abstrak. Majoriti pelajar terutamanya di peringkat sekolah menengah atas menganggap mata pelajaran Sains adalah susah. Semua pihak haruslah memainkan peranan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap Sains. Antara usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran ialah memperkenalkan Subjek Sains seawal tahun satu sejak tahun 2002. Pelbagai bentuk pameran Sains yang dianjurkan samada oleh badan kerajaan mahupun swasta turut membantu. Namun peranan yang paling penting perlu dimainkan oleh para guru. Guru yang mengajar mata pelajaran Sains haruslah memupuk minat pelajar dengan menggunakan teknik mengajar yang menarik dan berkesan.

Perkembangan teknologi masa kini turut memberi impak kepada pembelajaran subjek Sains. Pada tahun 2005, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan program Komputer Dalam Pendidikan dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Justeru itu, guru-guru mata pelajaran berkenaan dilatih menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat dalam proses pembelajaran dapat meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap subjek Sains. Namun, tidak dapat dinafikan terdapat kesan negatif yang timbul dari penggunaan teknologi maklumat. Para pelajar cenderung untuk mengakses perkara yang tidak berkaian dengan pelajaran. Kekangan juga wujud dari kekurangan fasiliti teknologi maklumat terutamanya sekolah di luar bandar. Usaha yang efektif dan berterusan harus dilakukan untuk menambah baik penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam pengajaran subjek Sains. Antara usaha yang boleh dijalankan ialah melengkapkan fasiliti teknologi maklumat di sekolah-sekolah luar bandar. Pemantauan juga perlu dilakukan oleh guru agar pelajar tidak mengekses perkara yang tidak sepatutnya semasa kelas. Di samping itu, perlu diwujudkan satu perisian yang boleh menyekat sebarang akses yang tidak berkaitan oleh untuk mengoptimumkan penggunaan komputer dan teknologi maklumat di sekolah.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai masalah dalam sistem pendidikan secara amnya dan pengajaran subjek Sains secara khusus. Pelbagai perubahan telak berlaku dan penambah baikan perlu diimplementasikan. Semua pihak yang terlibat dengan sistem pendidikan harus menghayati Falsafah Pendidikan Negara dan berusaha secara koperatif untuk merealisasikannya agar sistem pendidikan di negara ini dapat melahirkan modal insan yang holistik dan kompetatif untuk meneraju negara pada masa hadapan.

Post kali ini nak berkongsi tentang 10 tempat yang wajib dilawati jika melancong ke Seoul, ibunegara Korea Selatan. Maklumat yang terdapat dalam post ini adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat saya sahaja. jadi sebenarnya ada banyak lagi tempat yang menarik di Seoul. mari kita tengok apakah tempat2 yang perlu anda kunjungi jika ke Seoul

#1    Gyeongbokgung

Gambar dua orang Putere Korea di Gyeongbokgung

Gyeongbokgung (gung=istana) merupakan istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Kedudukannya sangat strategik kerana dilindungi oleh Gunung ganang di utara dan Sungai Han di selatan.  istana ini dibina pada tahun 1395 selepas masihi (lebih awal dari tarikh Kesultanan Melayu Melaka diasaskan iaitu 1400 mengikut sejarah melayu dan 1402 mengikut suma oriental)

Istana ini sangat besar sehingga saya sendiri masih belum menghabiskan lawatan ke semua kawasan di dalam istana ini walaupun sudah dua kali melawatnya.

Di pintu hadapan istana

Istana ini kaya dengan senibina tradsonal Korea. Di sini juga kita dapat menyingkap sejarah kegemilangan  Dinasti Joseon Korea. Senibina Gyengbokgung masih dikekalkan dan diabadikan untuk tatapan anak muda korea dan juga pelancong di seluruh dunia. hari ini, Gyeongbokgung menjadi simbol semangat jitu masyarakat Korea Selatan.

bangunan utama istana

Jika kita berjalan sehingga ke pintu belakang Gyeongbokgung, kita akan sampai ke Korea Blue House iaitu tempat kediaman dan pejabat rasmi President Korea Selatan.

Di luar Gyengbokgung, terdapat tempat yang bagi saya sangat wajib dikunjungi oleh peminat cerita City Hunter iaitu Gwahamun Square.

Kat sini la hero dan heroin City Hunter bertemu for the first time …

Di Gwahamun Square ni ada Tugu peringatan King Saejong The Great (salah seorang Raja dinasti Joseon dan beliaulah yang mencipta huruf korea). Terdapat juga tugu peringatan laksamana Yi Sun Shin. Di bawah Gwahamun square terdapat Museum pringatan King Saejong dan Laksamana Yi Sun  Shin.

 

#2   Insa-dong

membeli buah tangan untuk sahabat di Malaysia

Kalau nak beli hadiah dan cenderamata dari Korea untuk keluarga, sahabat dan orang tersayang, datanglah ke Insa-dong. Jalan ini dipenuhi dengan kedai2 yang menjual cenderamata pada pada harga yang berpatutan. Selain itu, kalau fasih berbahasa Korea, boleh tawar menawar.  Kat sini juga ramai aweks korea jual barang2 perhiasan macam gelang, rantai dan lain2…

 

#3 Myeongdong

Malam di Myeong-dong

Merupakan syurga fesyen dan kosmetik di korea. Di si terdapat banyak kedai baju dan koemetik samada indoor mahupun outdor. Tapi kalau nak pergi sini kena jalan dengan hati2 sebab ramai sangat orang. Dianggarkan seramai 1500000 orang melalui Myeong-dong setuap hari.

 

#4        Namsan

Namsam merupakan sebuah gunung yang berada di tengah2 kota Seoul.. Di sekitar namsan terdapat banyak tempat2 yang menarik untuk dilawati.

Di kaki gunung namsan terdapat Namsagol Hanok Village yang merupakan perkampungan tradisional orang2 korea. terdapat juga Seoul Time Capsule. Apa tu Time capsule…

Inilah Seoul Time Capsule…Sebuah batu yang terdapat ukiran di atasnya. Apa yang menarik, di bawah batu tu tertanam sesuatu yang tak ada siapa pun tahu apa bendanya. Time capsule ni hanya akan digali 1000 tahun lagi dan ada rahsia besar yang bakal diketahui oleh orang korea masa tu. Tapi yang lebih menarik, atas batu tu ada ukiranyang ada  nama Allah…. Jeng Jeng..

Kalau tak percaya datang dan lihatlah sendiri …

Untuk sampai ke puncak namsan, terdapat 3 cara.

  1. Jalan kaki
  2. Naik bas (kenderaan lain tidak dibenarkan masuk)
  3. Naik cable car..yahooooo

Kat atas puncak Namsan pon ada macam2…. antaranya:

Namsan Tower…menara telekomunikasi Seoul…mcm Kl tower la lebih kurang. Kat atas tu ada restoraqn dan tempat untuk bersantai sambil melihat keindahan Seoul dari atas.

Teddy Bear Museum… kepada peminat2 teddy bear kenalah datang sini. Boleh tengok macam2 teddy bear dan ada yang boleh beli… pssstttt…saya dah beli dua teddy bear untuk buah hati saya dari sini.. hehe hemo hemo

kat puncak namsan juga ada orang buat pertunjukan tarian dan seni mempertahankan diri korea….best2

yang paling terkenal kat namsan ialah love pad lock. Simbolik cinta dengan meletakkan kunci yang ada nama pasangan di puncak Gunung Namsan…emrr…Ustaz azari letak nama siapa tu …hehe

Tapi yang paling best kat namsan ialah……………

ada lopipop yang sedap untuk dikongsi dengan kawan2….ahaksss

#5   Itaewon

Kalau nak cari makanan halal kat Korea, pergila Itaewon. banyak restoran halal kat sini. Macam-macam pilihan ada, nasi arab, kebab, masakan india, dan juga masakan Malaysia. masakan korea yang halal pun ada

di Itaewon juga terdapat Masjid Besar Korea. Kepada yang muslim kalau melawat korea kenelah pergi sini. Lihat bagaimana syiar Islam bertapak di bumi asing.

……oklah…saya dah senaraikan 5 daripada 10 tempat yang perlu dikunjungi jika. ke Seoul…lagi 5 tunggu post ni punya Part 2… anda boleh cuba meneka 5 lagi tempat yang bakal disenaraikan…ada hadiah menarik menanti jika tekaan anda tepat……..

# 6   Cheonggyechon Stream.

 Merupakan anak sungai yang mengalir di tengah-tengah kota Seoul, namun kebersihannya terjaga dan keindahan terpelihara. Pada tahun 1970, anak sungai ini pernah hilang dari bumi Seoul akibat kekurangan punca air dari gunung dan pembangunan pesat di tebing sungai. Pada tahun 2005, kerajaan Korea selatan memulakan usaha memmulihara sungai ini. Yang menariknya, punca air sungai ini dipeerolehi dari mata air bawah tanah. Kini, anak sungai cheonggyechon merupakan lokasi untuk warga Korea bersantai selepas penat berkerja. Pemandangan di sepanjang anak sungai ini amat indah dan unik terutamanya pada waktu malam. Terdapat air pancut dan air terjun di permulaan sungai dan pelbagai ukiran seni di sepanjang tebing sungai.

 Saya sendiri selalu menyusuri sepanjang sungai ini  dari permulaan sungai di Cheonggye plaza sehingga ke Dongdaemun. Terasa seolah2 menyusuri sejarah Seoul yang panjang dan mengkagumkan.

Pada awal november setiap tahun, sungai ini akan dipenuhi dengan tanglung yang besar, cantik dan unik sempena festival tanglung Korea. Saya berasa bertuah kerana berpeluang melihat sendiri festival ini pada musim luruh yang lepas

tanglung yang besar dan unik diletakkan di sepanjang sungai . Cantik sangat..

#   7   Hangang Park

kalau sesiapa yang suka beriadah, boleh la berkungjung ke Hangang Park. Terdapat banyak taman di sepanjang sungai Han dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan. Antara yang menarik:

Tteukseom Theme Park, tempat mandi manda dan beriadah terutamanya pada musim panas

Pada musim sejuk, taman tema ni akan bertukar menjadi medan untuk main luncur salji….

best tau main salji kat sini…tak payah la pergi kat i-city or kat genting…tak real..

Kita juga boleh menyewa basikal kan berbasikal di sepanjang sungai Han.. mmg best sebab nyaman dan tenang… rasa macam kat oversea..hehe

mari hilangkan perut buncit dengan berbasikal di sungai han

# 8  Banpo Moonlight Rainbow Bridge

inilah antara benda yang tercantik di Seoul selain awek korea yang sweet dan putih..hehe.

merupakan jambatan yang besar ( 2 tingkat) dan panjang dan dihiasi dengan air air pancut yang berwarna warni. Air pancut tu siap boleh menari lagi.  Ada dua cara untuk menikmati keindahan di rainbow bridge ni. Yang pertama pergi ke tepi jambatan ni macam dalam gambar kat atas. Boleh naik subway dan turun kat stesyen Dongjak, lepas tu jalan kaki dalam 5 minit.

Cara kedua dengan menaiki bot dari stesyen yoneorui (mcm salah jer..dari dulu tak reti nak sebut stesyen ni…terbelit lidah)… Memang best naik bot ni terutamanya kalau pergi dengan girlfriend. kalau bernasib baik boleh dapat bot yang ada live band. tapi yang paling best bila boat ni dah sampai di tempat air pancut berirama. Siap lalu bawah lagi… habis basah…hehe

Muka ibu yang gembira di bawah air terjun berirama seoul yang hebat

#  9    Lotte World

Kalau anda rasa pergi Genting best, saya pulak rasa pergi Lotte World 10 kali lagi best… Taman Tema indoor dan outdoor ini memang hebat. Terdapat pelbagai permainan yang boleh menyebabkan adrenalin  rush..

Outdoor..mcm Disney land

Indoor…shopping, games ice skating…and more.

sebenarnya ada satu lagi taman tema yang besar di Seoul iaitu Samsung Everland tapi saya tak pernah pergi coz terletak agak jauh pusat bandar Seoul. menurut kawan korea saya Sinae, Samsung Everland lebih besar berkali2 ganda berbanding Lotte World…ni kene pergi ni

salah satu roller coaster di everland…ada berani?

# 10   Pulau Nami

Tempat ni tak payah nak perkenalkan. Kemashurannya melalui drama Winter Sonata menjadikannya lokasi pilihan untuk Drama Malaysia, Panggilan Pulau Nami. Pulau Nami memang cantik tak kira apa musim sekalipun.

Pulau nami terletak di tengah Sungai Han tetapi agak jauh dari Pusat Bandar Seoul. Terdapat dua cara untuk ke sini. Yang pertama dengan menaiki bas yang boleh didapati di Inda-dong. Kedua dengan menaiki kereta api dari stesyen Chongyanggi dan turun di Stesyen Gapyeong. kemudian naik teksi sampai ke jeti Mcm biasa..malas nak tulis..tgk jer la gambar ye nak…

naik bot dari jeti ke pulau nami

musim sejuk di Nami

musim luruh di Nami

diharapkan post ini memberi infomasi yang berguna.. kalau ada salah taip harap dimaafkan sebab malas nak check.